Friday, February 20, 2009

delicious - social bookmarking

hmm~ mungkin apa yang sy nk sampaikan ini, agak ketinggalan zaman sikit la. sebabnya, delicious ni, mungkin ramai dah yang pernah dengar dan gunakan dengan meluas. Tapi, kepada mereka yang masih belum pernah mendengar delicious ni, delicious adalah sebuah website yang menyediakan servis "online bookmarking".

Di delicious, atau sebelum ini dikenali sebagai del.icio.us, korg boleh bookmark, save, uruskan dan share apa2 sahaja website di internet yang anda suka di satu pusat, iaitu delicious. Kini, delicious mempunyai komuniti yang amat besar dan telah menjadi 1 himpunan website2 menarik yang ada di internet. Korg boleh merujuk pelbagai jenis kategori website yang telah dikongsikan oleh rakan2 komuniti korg di delicious.

Banyak faedah korg join delicious ni. Korg blh bookmark apa2 sahaja website kegemaran korg di situ, dan boleh mengaksesnya semula tak kira di mana saja korg berada atau melalui pc kawan2 korg, hatta pc di cyber cafe sekalipun. Dan yang lebih menyeronokkan, korg dapat kongsikan website kegemaran korg dengan seluruh pengguna internet di seluruh dunia. Di samping itu, korg jugak blh melihat pelbagai jenis website2 yang menarik yang korg xpernah tau pun sebelum ni.

Di samping itu, delicious juga menyediakan toolbar khas delicious, yang membolehkan korg bookmark website yang korg suka, dengan lebih cepat dan mudah. So, korg xperlu susah2 nak bukak website delicious pulak untuk bookmark website kegemaran anda. 1 lg, delicious ni, korg blh tag website2 kegemaran korg. maksud tag yang sy ckp ni, contoh la, korg bukak 1 website psal Adobe Photoshop Tutorial. Kemudian, korg nk bookmark website ni dlm account delicious korg. So, time nk bookmark tu, delicious akan bg korg letakkan tag yang sesuai, or related dengan website tu. For instance, "photoshop, tutorial, design, graphic". Tag ni nanti, akan dijadikan sebagai kategori2 bookmark korg. So, selain dari korg promotekan website tu dkt org lain, korg secara xlangsung dah menolong org lain untuk mencari website yang sesuai dengan kehendak diorang.

So, dah buat kebaikan secara tak langsung. hehe ;). Maka, apa lagi, cuba la try test tgk delicious ni. register free saja. Official delicious website is www.delicious.com. ;)

No comments: