Monday, March 16, 2009

Simple Shadow Tutorial

Hoho~ kali ni, saya nak share skit la info pasal adobe photoshop. Kepada yang baru nak berjinak2 dgn adobe photoshop ni, saya nk share skit la kat sini mcm mana nak create simple shadow effect. Shadow ni, blh menimbulkan lagi object yang kita buat. So, kat sini, sy nk tunjukkan la step2 nak create simple shadow ni.

Firstly, bukak New Canvas. (terpulang la nk amek size brapa pon) [shortcut key - ctrl + N]

Then, buat 1 layer baru (Layer 1). [ shortcut key - ctrl + shift + N ]



Di atas Layer 1, buatkan 1 kotak (atau objek yang anda inginkan) dengan menggunakan "Rectangle Tool". [shortcut key - U]



Kemudian, pergi ke menu bar, click "Select >> Load Selection.." di Layer 1 tadi. satu kotak garisan putus2 akan muncul mengelilingi kotak yang anda buat tadi. [shortcut key - click "ctrl + thumbnail Layer 1"]



4. Selepas itu, buatkan 1 lagi layer baru (Layer 2) di bawah Layer 1. Layer 2 ini adalah berfungsi sebagai "Shadow Layer". [ shortcut key - ctrl + shift + N ]



Seterusnya, di atas Layer 2 tadi, isikan kotak yang bergarisan putus2 tadi dengan warna kelabu (atau warna yang anda sukai, tetapi sesuai untuk dijadikan shadow). Gunakan "Paint Bucket Tool". Pastikan Layer 2 berada di bawah Layer 1. [Shortcut Key - G]



Masih berada di Layer 2, buangkan garisan putus2 tadi. Pergi ke menu bar, click "Click Select >> Deselect". [shortcut key - ctrl + D]. Selepas garisan putus2 tadi sudah hilang, pergi ke Menu Bar sekali lagi, kemudian click di ""Filter >> Blur >> Gaussian Blur.. ".



Kotak Gaussian Blur akan muncul. Adjust tahap blur yang anda inginkan di bahagian "Radius". Contoh tahap Radius yang saya gunakan di sini ialah 10 pixels. Click "OK" setelah selesai.



Sampai di bahagian yang menarik. Masih di Layer 2, pergi ke Menu bar dan click di "Edit >> Free Transform". Option ni membenarkan kita untuk resizekan objek. Selepas kotak terbentuk di sekeliling objek yang anda buat tadi, right click di kotak tersebut dan pilih option "Warp". kotak kecil akan terbentuk di dalam kotak tadi seperti gambar di bawah. Di sini, anda boleh membentuk apa sahaja bentuk yang anda inginkan di objek anda. [ shortcut key for Free Transform - ctrl + T ]



Contoh bentuk yang saya buat untuk menjadikan Layer 2 sebagai shadow kepada objek 1 tadi. Anda cuma perlu drag bulatan kecil do kotak itu untuk membentukkan shadow tadi.



Selepas selesai membentuk shadow tadi, tekan button "Enter" di keyboard anda untuk completekan proses transform tadi tu. Untuk mendapatkan shadow yang lebih realistik, anda mungkin boleh try untuk adjustkan "Opacity" shadow tadi. Untuk adjust Opacity ni, ia berada di panel "Layer" dalam workspace anda. Contoh di sini, saya adjustkan Opacity Layer 2 (shadow) kepada 50%. Anda boleh mencuba dengan peratusan agar mencapai shadow yang anda inginkan.




Dan, Selesai~ sekarang, anda sudah mempunyai objek yang mempunyai shadow di belakangnya dan menimbulkan keadaan objek itu.

Hasil yang telah saya buat dengan bermain dengan sedikit lighting angle:




Anda mungkin boleh mencuba pelbagai lagi kaedah dengan hanya menggunakan "Warp". Selamat Mencuba~!

jika ada sebarang pertanyaan, just put it in my comment box~ tentiu~~ ;)

No comments: