Wednesday, March 4, 2009

Twitter? Apakah itu?!?



Hmm.. mungkin ramai yang masih xtau pasal twitter ni. Dan, mungkin ramai yang dah pernah dengar psal twitter ni, tapi, xpernah guna. So, kat sini, saya nk terangkan la sikit psal twitter ni.

Twitter ni, adalah tempat di mana anda boleh update apa yang anda nak share dengan semua kawan - kawan anda la. Latest reading yang anda baca ke, tengah main myspace ke, facebook ke, tengah sibuk buat kerja ke, atau apa2 saja lah. Pendekkan cerita, anda boleh update apa saja yang anda buat kepada kawan2 anda dengan hanya meng"update"kan di twitter anda.

Disamping itu, twitter ni, dah mempunyai banyak function2 yang amat menarik untuk kita gunakan. Antara features2 yang ada dalam twitter ni:

  • Update status anda melalui mobile surfing dimana anda boleh update status anda dengan hanya "memasukkan status anda di dalam h/p dan update melalui twitter

  • Updatekan status facebook supaya anda boleh berkongsi status anda dengan rakan2 facebook anda

  • banyak widgets2 yang anda boleh explore dalam twitter untuk anda keep-in-touch dengan kawan2 anda
dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat banyak lagi widgets2 / addons / applets yang boleh digunakan untuk memudahkan lagi anda untuk berkongsi status anda dengan kawan2 anda yang boleh di cari di internet. Untuk pengetahuan anda, Twitter ni, baru dilancarkan pada Ogos 2006, tetapi, boleh dikatakan pengguna yang menggunakan twitter ini sudah hampir setengah daripada pengguna facebook yang dilancarkan pada tahun 2004.

Dengan proses registration yang amat mudah, dan percuma, anda boleh meng"update"kan status anda pada bila2 masa untuk dikongsikan kepada semua kawan2 anda.

Jika anda sudah mempunyai account twitter ni, add la saya di http://www.twitter.com/leychay atau click saja di link yang telah saya letakkan di section Twitter / Leychay.

Sekian, Selamat Mendaftar! ')

p/s: sesiapa yang mempunyai info tambahan, bolehlah tinggalkan di comment untuk dikongsi dengan kawan2 yang lain~ ;)

No comments: