Monday, March 23, 2009

Peringatan Terakhir!

hmm.. seperti yang anda sedia maklum, kempen selamatkan dunia iaitu, "60: Earth Hour" sekarang ni, bukan main sibuk sekali diperkatakan di media2 yang ada di seluruh dunia. Tidak lupa juga kepada negara tercinta kita, Malaysia~ hohoho.

Apakah "60: Earth Hour" tu?
Macam mana nak join kempen tu?
Dapat apa kalau join kempen tu?
Seronokkah kempen tu?

hmmm.. mungkin soalan2 ini bermain di minda anda sekarang. Untuk mereka yang masih lagi xtau apakah motif kempen ni, kat sini, saya nak terangkan la secara ringkas apa tujuan kempen ni diadakan dan bagaimanakan idea ini boleh wujud dalam dunia kita.

hmm.. secara ringkasnya, kempen earth hour ni, bermula pada tahun 2007, dan telah dimulakan di sydney, Australia. Seramai 2.2 juta premis, xkira rumah, bangunan pejabat, kedai, hatta pondok polis telah memberi sokongan padu dalam menjayakan kempen ini. Pada tahun 2008, iaitu tahun lepas, kempen ini telah mendapat sokongan dari seluruh dunia dan mencapai 50 juta penyokong! hebat kan? dari 2.2 juta ke 50 juta dalam masa 1 tahun sahaja.

So, macam mana nak join kempen ni?

haa~ anda boleh melayari laman web rasmi kempen ini iaitu -->www.earthhour.org <--. Atau, lebih specific lagi, untuk pendaftar daripada Malaysia, layari laman web www.earthhour.com/malaysia dan daftarlah sekarang sebelum terlambat. Tapi, sebelum register, mesti la nak tau dulu kan macam mana nak beri sumbangan dalam kempen ni. hmmmm, mudah saja. caranya, Pada 28hb Mac 2009, bersamaan dengan hari sabtu, jam 8.30pm hingga 9.30pm, "switch off" la lampu rumah anda selama 1 jam. Saya xnak la cakap tutup, sebab kalau tutup, nanti ada pulak orang yang amek tuala dorg, tutup suis lampu rumah dorg tu. hehehe~ jadi, dengan mematikan lampu rumah anda selama 1 jam, anda dapat memberi sumbangan yang amat bermakna dalam misi menyelamatkan dunia.

Kenapa nak tutup lampu pulak?
Lampu, pc, fridge, tv, radio semua kena off ke?

hehe~ untuk pengetahuan anda, kenapa dalam kempen ni, kita cuma perlu memadamkan lampu rumah kita sahaja, adalah kerana untuk meyakinkan kita bahawa, betapa mudahnya nak menyelamatkan dunia ni daripada "Global Warming". Jadi, anda hanya perlu "switch off" kan lampu rumah anda sahaja ketika itu. Dan, lampu yang tidak penting sahaja. Maksud saya, lampu yang tidak penting tu, lampu yang kurang penggunaannya untuk anda pada waktu itu. Kalau anda sedang sibuk study waktu itu, pasang je lah lampu study anda, dan matikan la lampu utama anda.

Kenapa xsuruh TNB potong je letrik time tu?

hehehe. yelah. kalau TNB potong letrik time tu, apa jadi dengan lampu jalan? Mau jadi "Mass Accident" plak time tu. hehe. Lagipun, bukan semua org yang nak join kan. Mereka mungkin ada sebab sendiri. So, xleh nak wat camtu. ;)

Kenapa kalau kita matikan lampu, kita dapat selamatkan dunia?

hmmm, Teknologi semakin canggih, zaman semakin pesat membangun. Kita banyak bergantung dengan alatan elektrik yang berasal dari "coal-fired power station", ataupun, stesen janakuasa elektrik. Penggunaan elektrik yang meluas ini menyebabkan suhu dunia meningkat secara mendadak, yang menyebabkan kenaikan paras air laut, ribut taufan, kemarau panjang, dan perubahan drastik terhadap alam sekitar yang amat kita perlukan saban hari untuk terus hidup. Mungkin sekarang, di Malaysia, kita masih tidak merasainya lagi, tetapi, zaman anak, cucu, cicit, anak cicit kita, cucu cicit kita, dan generasi2 seterusnya, bagaimana?

Jadi, berbalik kepada jawapan untuk soalan tadi, cuba anda bayangkan, contoh di Australia, jika semua penduduk di Australia hanya mematikan lampu yang kurang kepentingannya, ataupun, barang2 elektrik lain, mereka dapat mengurangkan pencemaran sebanyak 5 juta ton per annum, di mana ianya bersamaan dengan melenyapkan 1.5 juta penggunaan kereta di atas jalan! cuba anda bayangkan! ;)

Jadi, apa yang anda tunggu lagi?~ cepatlah daftar dan jadilah antara penyumbang dalam misi menyelamatkan dunia. FYI, pada tahun 2008 yang lalu, Syarikat Search Engine terkenal iaitu, "Google", turut serta dalam kempen ini dengan menghitamkan background search engine mereka disertai dengan tagline - "We've turned the lights out. Now it's your turn - Earth Hour."


[sumber: Wikipedia: Earth Hour]


hehe. menarik kan?~ hehe~ tapi di United States, Colombia, Canada, Denmark, Ireland dan UK jelah time tu. Mungkin lepas ni, Google akan hitamkan Google's Malaysia pulak? hehehe~

Jadi, apa tunggu lagi, Saya dah daftar. Anda bila pulak? ;)


3 comments:

Anonymous said...

yeah.!!!
save our earth.

farwalis said...

xpyh dowh...aku tgok dkt perdana villa xde org tutup lampu pun...sume bukak je... earth hour gagal...!!

leychaysuxx said...

hehe~ itu depends la kan~

soll sokong je~

:)